Wisma Jakel Shah Alam hangus dalam kebakaran awal tahun

0
20
Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus gedung tekstil popular, Wisma Jakel di Shah Alam, pagi tadi.

SHAH ALAM – Gedung pakaian terkemuka, Wisma Jakel yang terletak di Jalan Persiaran Kayangan, Seksyen 7 di sini musnah teruk dalam kebakaran pada pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, panggilan kebakaran di bangunan tiga tingkat itu diterima pada pukul 7.08 pagi tadi dan tiba pada pukul 7.19 pagi.

Beliau berkata, kekuatan anggota dan aset yang dikerahkan ke lokasi melibatkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati satu kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar. Bahagian dalam bangunan musnah terbakar.

“Bagaimanapun api telah berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh lebih kurang sejam.

“Ketika ini pasukan JBPM sedang melaksanakan pemadaman bara bara api dan timbunan kain,” katanya hari ini.

Norazam berkata, kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan.

Norazam menambah tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, dan punca insiden masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here