Muhyiddin dakwa Yayasan Al-Bukhary dikenakan cukai setinggi 45 peratus ketika Guan Eng jadi Menteri Kewangan

0
61
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Lim Guan Eng yang cuba berdolak dalih dalam isu pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al Bukhary.

“Saya merujuk kepada beberapa kenyataan media oleh Lim Guan Eng berkaitan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al Bukhary. Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung intipati apa yang telah saya katakan.

“Saya menerima surat rayuan daripada Yayasan Al-Bukhary semasa saya menjadi Perdana Menteri.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak yayasan telah menerima pengecualian cukai untuk kerja-kerja amal Islam. Pengecualian cukai tersebut diberikan di bawah S.127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi, selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini.

Muhyiddin berkata, sebaliknya mereka mengenakan semula cukai berserta 45 peratus cukai penalti terhadap Yayasan Al-Bukhary.

“Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas LHDN pada masa itu.

“Oleh itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan untuk mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45 peratus ke atas Yayasan Al-Bukhary yang merupakan sebuah pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here