Tuntutan waris Sulu tidak sah, telah terbatal melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold 1962

0
20

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia pada masa kini sedang meneliti semua langkah sedia ada untuk menentang pihak penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dalam usaha memelihara kedaulatan negara.

Menurut Sekretariat Khas Sulu, semakan
lanjut juga sedang dibuat oleh Malaysia untuk menentukan sekiranya mana-mana daripada 8 orang penuntut ini mempunyai pertalian, hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Royal Sulu Forces (RSF) yang telah dihukum oleh Mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

“RSF ini telahpun diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Kerajaan Malaysia sejak April 2022. Tindakan undang-undang yang telah
diambil oleh penuntut-penuntut sehingga kini, terutamanya timbang tara komersial
yang telah dijalankan, adalah tidak wajar dari segi perundangan malah telah mencabar kedaulatan negara secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, sebarang tindakan yang telah diambil oleh penuntut ini melalui timbang tara komersial pada masa kini adalah bersifat mala fide, memandangkan pihak Sulu pada tahun 1939 pernah menghadap ke Mahkamah Tinggi Borneo Utara untuk pertikaian yang terbangkit pada masa itu.

“Kerajaan Malaysia menegaskan di sini bahawa hak dan tuntutan penuntut ini adalah tidak sah, telah terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri oleh rakyat Sabah melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada tahun
1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

“Kerajaan Malaysia juga ingin menegaskan Perjanjian 1878 yang telah dijadikan asas untuk timbang tara yang dijalankan di Sepanyol dan Perancis tidak mempunyai sebarang klausa timbang tara dan bukan sebuah kontrak komersil.

“Pertikaian yang terbangkit di sini melibatkan kedaulatan negara dan Malaysia tidak pernah
pada mana-mana ketika mengetepikan kekebalan kedaulatannya,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya, penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan
perkara yang dibawa oleh Penuntut.

Katanya, perkara ini adalah selaras dengan Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 14 Januari 2020.

Tegasnya, Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here