Lapar sehingga rasa mahu mati – Ustaz Ebit Liew

0
652

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew hari ini menghulurkan bantuan kepada 30 keluarga pekerja warga asing yang terputus bekalan makanan.

Ustaz Ebit dalam status Facebook miliknya berkata, ada keluarga yang telah berputus asa dan rasa mahu mati sehingga cuba membuat perkara ‘bukan-bukan’.

“Menangis bila dengar 30 keluarga lapar dah putus bekalan makanan. Ada dengar seorang keluarga putus asa dan rasa macam nak mati cuba buat benda bukan-bukan.

“Sedih, sebab mereka semua dah tiada gaji. Gaji hari, kerja semua terhenti. Jadi dah tiada duit lagi. Kosong, duit sebelum ini hantar balik kampung.

“Ada bayi, ‘pampers’ sudah habis. Tiada duit dah nak beli. Ya Allah… walau mereka dari jauh-jauh, duduk di tapak pembinaan. Menangis tengok bayi comel tu,” katanya.

Menurut Ustaz Ebit, mereka yang dibantu itu terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh, daripada 30 keluarga 16 merupakan dari Indonesia.

“Syukur dapat hantar beras dan set barang dapur beserta topeng muka untuk mereka. Ada seorang nama Yayan sebak kerana katanya selalu dengar ceramah saya dari Indonesia lagi. Sebak dapat jumpa hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ustaz Ebit turut menyampaikan sumbangan ke madrasah, rumah orang tuan dan juga rumah asnaf.

“Ya Allah tuhanku. Sebak rasa hari ini. Hari ini 30 grab motor dan kereta hantar ke madrasah yang perlukan 100 kilogram beras seminggu, rumah orang tua, dan juga rumah asnaf-asnaf.

“Sudah habis bekalan kami dalam tiga hari. Insya-Allah akan tambah satu lori 10 tan lagi. Doakan ya. Allahu… Ya Allah maafkanlah kami ya Allah, tidak dapat bantu semua,” katanya.

Dalam status yang sama Ustaz Ebit turut meninggalkan nombor akaun CIMB 8603546376 (Pertubuhan Kasih Umat Malaysia), mungkin untuk memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here