Tuesday, October 26, 2021

Muhyiddin, isteri terima dos penggalak Covid-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dos penggalak Covid-19 hari ini KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hari ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Hujan, ribut petir diramal landa beberapa negeri bermula hari ini

Gambar hiasan CYBERJAYA - Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda beberapa negeri bermula hari ini sehingga 29 Oktober. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan dan ribut petir dijangka berlaku...

Johor,Terengganu beralih ke fasa 4, Langkawi terima pelancong luar negara bulan depan

Langkawi CYBERJAYA - Dua negeri iaitu Johor dan Terengganu akan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas proses penilaian...

180,000 petugas kesihatan di seluruh dunia jadi korban Covid-19

WHO NEW YORK - Dianggarkan 180,000 petugas kesihatan di seluruh dunia maut akibat korban pandemik Covid-19 menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO dalam kenyataannya menganggarkan antara 80,000 hingga 180,000 petugas kesihatan maut di seluruh...

24 pemain dan pegawai dijangkiti Covid-19, NSFC tarik diri saingan Piala Malaysia

NSFC terpaksa menarik diri saingan Piala Malaysia selepas 24 pemain dan pegawai dijangkiti Covid-19 CYBERJAYA - Pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) terpaksa menarik diri daripada baki saingan Piala Malaysia untuk musim ini selepas 20 pemain dan...

Pekerja Astro maut dilanggar ketika berbasikal

Keadaan basikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di di Kilometer 38.3 Jalan Cyberjaya (Dengkil)/Puchong menghala ke Cyberjaya pagi tadi. CYBERJAYA - Seorang petugas di stesen televisyen, maut selepas terbabit kemalangan ketika berbasikal di sini, hari ini.

Vaksinasi remaja negara terpantas di dunia

Khairy Jamaluddin Abu Bakar CYBERJAYA - Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja terpantas di dunia. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hanya dalam tempoh dua bulan,...

Covid-19: Kes baharu meningkat kepada 6,630 kes hari ini

Gambar hiasan CYBERJAYA - Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 6,630 kes berbanding 6,210 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif...

Pengarah Fotografi terbunuh ditembak pelakon Hollywood

NEW MEXICO - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan dilepaskan oleh pelakon Hollywood, Alec Baldwin di lokasi penggambaran filem popular, Bonanza Creek Ranch di sini. Kejadian yang dilaporkan berpunca daripada...

Tumpu PRN Melaka, Najib tangguh ke Singapura

Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Latest posts